Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Nora, Pemain Piano Terkenal

Share


Mata saya terpaku dengan tajuk, Nora the piano cat apabila melayari lamanweb-lamanweb di internet. Kucing bermain piano? Atau kucing bermain dengan piano? Lantas terdetik di hati untuk menjadikan cerita Nora sebagai entry kali ini.



Mungkin anda pernah mendengar tentang Nora. Kucing warna dilute tabby yang dibeli oleh Betsy Alexander, yang merupakan seorang guru piano dan suaminya Burnell Yow, seorang jurugambar dari sebuah pusat perlindungan haiwan di New Jersey, Amerika Syarikat.  Mereka tinggal di Philadelphia.  Nora digambarkan sebagai kucing Alpha oleh pemiliknya kerana sikap dominan dan berlagak ketua. Disamping Nora, mereka juga mempunyai 6 ekor kucing yang lain, antaranya yang bernama Gabby, Max, Rennie, Miro dan Clara.

Nora bersama pemiliknya, Betsy
Gelagatnya bermain piano pernah menjadi berita sensasi dalam youtube dengan menerima lebih 20 juta penonton! Pengkisahan Nora mendapat liputan meluas dalam media cetak dan juga elektronik seperti ABC, NBC, CNN dan juga rancangan Bersama Martha Stewart.

Apa yang saya maksudkan dengan tajuk entry ini - Nora, Pemain Piano Terkenal - ada ke kucing-kucing lain di dunia ini yang boleh bermain piano atau bermain dengan piano sebaik Nora? Jika anda tidak pernah melihatnya, saksikanlah salah satu klip video ini.



Nora mula menjinakkan diri dalam bidang ini sejak berusia setahun. Percaya atau tidak, pemiliknya tidak mengajar Nora bermain piano. Ianya berlaku secara tiba-tiba di suatu petang, bila Nora melompat ke bangku piano dan bermain not muzik sendiri seperti aksi manusia bermain piano. Sejak itu, Nora bermain piano setiap hari.


Ada di antara videonya memperlihatkan Nora seperti hilang tumpuan dan berhenti bermain sekejap sekejap. Betsy menafikan Nora hilang tumpuan atau pun penat. Nora sebenarnya selepas bermain beberapa not muzik, dia ingin mendengar bunyi yang dimainkannya itu berlalu pergi. Dia boleh merasa getaran muzik melalui misai dan kakinya.

Diberitakan Nora telah menyertai 17 orkestra bukan secara langsung dari seluruh dunia melalui persembahan CATcerto iaitu persembahan yang muncul di skrin belakang orkestra. CATcerto diiLhamkan oleh seorang konduktor muzik, komposer dan juga artis dari Lithuania bernama Mindaugas Piečaitis.

Photobucket
CATcerto

Photobucket
Mindaugas Piečaitis- yang mengilhamkan CATcerto Orkestra

Pemiliknya memberitahu dia sudah nampak ciri diva pada Nora ketika membelinya kerana ia dilabelkan sebagai bossy di pusat perlindungan haiwan tersebut. Sejak kecil dia tidak suka dikuasai kucing lain dan sering berangan menjadi ketua. Nora mengalami masalah kuat makan. Dia sukar kekal langsing.

Nora telah memenangi Anugerah ASPCA Cat of The Year pada tahun 2009 kerana bakatnya yang luarbiasa. Dia menjadi inspirasi kepada ramai kanak-kanak diluar sana untuk mempelajari bermain piano. Pada anda yang ingin mengetahui kisah Nora yang terkini boleh layari lamanwebnya sendiri di http://norathepianocat.com/

Photobucket

2 comments:

Namie Amir said...

owh..sungguh comelll!!!Subhanallah..a gift from god~

meowwmania said...

sggh mengagumkan!

neway, DC tengs for the tip ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...