Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagaimana membuat makanan tambahan kalsium kucing

Share

Kucing outdoor memperolehi kalsium dengan memakan burung, tikus dan ayam atau ikan terbuang. Bagaimana dengan kucing indoor? Kalsium amat penting pada tubuh badan manusia, begitu juga pada si Comel. Seperti manusia, kurangnya kalsium pada si Comel membuatkan mereka sakit gigi, kuku yang rapuh serta tulang yang tidak sihat. Disamping pelbagai produk makanan tambahan (supplement) yang boleh kita dapati di kedai haiwan, tahukah anda kita juga boleh membuat sendiri makanan tambahan kalsium untuk si Comel?


Mudah sahaja sebab bahan utamanya ialah kulit telur.


Kulit telur mempunyai kalsium yang tinggi iaitu 95% kalsium karbonat, distabilkan oleh matriks protein. Tanpa protein, kulit atau cengkerang telur tidak akan mengeras. Lagi keras kulit telur, lagi tinggi kandungan kalsium seperti kulit telur angsa atau itik.

Cara mendapatkan kalsium dari kulit telur.

  1. Dapatkan telur seberapa banyak yang anda suka. Adalah lebih baik dapatkan telur organik.
  2. Cuci dan berus lembut telur (bukan kulit telur)

    Photobucket

  3. Pecahkan dan simpan isi telur. Cuci sekali lagi.


  4. Selepas cuci buat kali kedua, masukkan kulit telur ke dalam microwave oven atau ketuhar dengan menggunakan kuasa mikro suhu rendah selama 2 minit.

    Photobucket

  5. Tak ada ketuhar atau microwave oven?. Tak mengapa, biarkan kulit telur mengering dengan menjemurnya di bawah panahan cahaya matahari. Anda tidak perlu tergesa-gesa kerana boleh mengusahakan aktiviti ini di hujung minggu :)   Dengan keadaan cuaca sekarang anda mungkin memerlukan sehingga seminggu untuk mengeringkan kulit telur tersebut.

  6. Selepas menggunakan suhu rendah, guna suhu normal dan masak kulit telur tersebut sehingga 5-6 minit dalam oven. Tujuannya ialah supaya kulit telur menjadi kering dan rapuh serta mudah dihancurkan.

  7. Hancurkan kulit telur yang telah kering dengan tumbuk atau mesin dalam blender. (Kalau tumbuk tu jangan la guna lesung pedas ye)

    Photobucket

  8. Tapis serbuk kulit telur supaya ia menjadi halus sehalusnya.  Masa ni anda akan teringat 'Hari Raya' sebab bauan wangi kuih baulu akan menusuk hidung hehe..  (Amaran : Serbuk kulit telur yang tidak betul2 halus boleh melukakan mulut dan sistem penghadaman si Comel)

    Photobucket

  9. Siap! Simpan serbuk kalsium di dalam botol atau bekas dan labelkan untuk kegunaan yang berterusan.
Photobucket
    Sukatan untuk si Comel
     
    Anda hanya perlu taburkan secubit serbuk kalsium ke dalam makanan basah si Comel. Ratio makanan seimbang si Comel ialah 2:1. Bermaksud daging (phosphorus) mestilah dalam ratio 2 dan kalsium dalam ratio 1. Untuk sukatan yang lebih tepat, sila rujuk jadual berikut : 
    Berat Daging      Kalsium Kulit Telur 
    100 grams            1/4 sudu kecil (teaspoon) 
    200 grams            1/2 sudu kecil 
    300 grams            2/3 sudu kecil 
    400 grams            3/4 sudu kecil 
     So, selamat mencuba! :)  Tak lupa juga DC ucapkan terima kasih kepada saudara Bareen, sahabat dari Malaysia Timur yang pernah mengajar DC membuat supplement ini ketika mula2 join petfinder.
    Anda was2?.. (saya pun begitu pada awalnya) sebenarnya tips ini banyak terdapat di beberapa laman web. Pesanan saya, jangan beri kalsium berlebihan pada si Comel. Setiap yang berlebihan itu bukan ke mendatangkan kemudaratan? Amalkan lah kesederhanaan, itu yang dituntut dalam agama Islam :)
Photobucket

11 comments:

Ecah said...

thanks kak gee.. berguna ni.. hehehe

Misz Pinkie Winkie said...

kulit telor.
thanks akak...kalo kita makan pon boleh agaknya.

meowwmania said...

bole cuba ni, tengs DC ;)

DearCats said...

ha cuba jgn tak cuba hehe.. sbb bersusah sekali je.. pastu byk gunanya.. DC tak boleh bayangkan mulut atau gigi kucing yg sakit ehmm.. rasanya kucing DC - Musyang tu ada harapan meraih award sakit gigi.. sbb kalau dia makan air liur dia yg meleleh.. adehh

bunny ;) said...

thank sis! berguna sgt ni. sha tak tahu menahu pun ada petua/resipi ni :P nanti sha cube. kalau gune oven toaster agak2 boleh tak :))

DearCats said...

Ecah - sama2 kita.. share ilmu :)

MPinkieWinkie - kita makan isi dia laa.. hehe.. emm DC tak pasti la kita bole makan ke tak kalsium kulit telur ni, ada link DC baca, mrk guna buat pil kalsium dan antacid - ubat untuk heartburn atau sakit hulu hati

bunny aka Sha - oven toaster? sis tak pasti, dlm artikel yg sis baca tu kita kena 'bake 300F'.. microwave oven sis guna Celcius bukan F. Kalau sis boleh guna modernnya oven, meaning Sha pun boleh kot guna oven toaster tu.. Yg penting boleh mengering :)

Namie Amir said...

hebatnya kak gee ni!!! hehe...thanx!!! terima kasih banyak2 atas tips2 yg sgt berguna (^_^)

mumumeow said...

wah..thnks 4 da info...

Anonymous said...

Saya pernah hancurkan kulit kerangan yang telah dikeringkan dalam oven (supaya rapuh). Semasa menghancurkan cengkerang tersebut, sibuklah seekor kucing hitam ni nak jilat lesung. Penat dihalau, datang lagi. Lastly, bagi jugak laa dia makan sepuas yg dia nak.

NISS said...

Bestnye..Thanks info..huhuhu yg penting jimat leh spend tok toys mereka...meow2x~~

Yulio said...

Thx ya mbak DC.
Jadi tambah ilmu nich.
Tipsnya sangat berguna sekali mbak.
Jadi pengen cepat mencoba tips dari mbak DC.
Nice info sist.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...