Teori Mengapa Kucing Makan Anak
ShareKejadian kucing makan anak sendiri boleh berlaku tetapi amat jarang diperkatakan kerana ini bukanlah habitat semulajadi mereka. Entri yang ingin saya kongsikan bersama ini merupakan rumusan dari maklumat2 yang saya kumpulkan dari rakan-rakan, pengalaman sendiri dan juga dari beberapa perbincangan dari forum-forum di internet di dalam dan luar negara.
Sebenarnya perbuatan ini bukan diperlakukan oleh kucing sahaja malah berlaku juga pada haiwan lain seperti arnab dan harimau. Terdapat beberapa teori mengapa ibu kucing atau kucing jantan memperlaku perbuatan tersebut terhadap anak2nya sendiri.
Stress
Bunyi yang terlalu kuat seperti bunyi yang datang dari kedai memperbaiki kereta, renovate rumah, radio atau speaker yang kuat dan juga kehadiran kucing2 yang lain terutama kucing yang mengalami kitaran keinginan mengawan (heat cycle) boleh menyumbang keadaan stress kepada ibu kucing yang baru sahaja melahirkan. Seharusnya mereka di tempatkan di tempat yang agak sunyi dan sedikit gelap seperti di dalam kotak, di dalam bilik atau di bawah katil di mana mereka tidak mudah diganggu. Keadaan stress mampu membuat ibu kucing tidak waras (macam meroyan) dengan mencederakan anaknya sendiri.
Deria Bau
Kadang2 kita terlalu mengawal kucing yang baru lepas melahirkan. Anak kucing yang baru lahir sebenarnya tidak digalakkan kita, manusia, kerap memegang atau membelai mereka. Ini adalah kerana ibu kucing mempunyai sifat ‘melindungi’ (protective) terhadap anak-anaknya. Deria bau mereka boleh mengesan perbezaan bau anak-anaknya dengan bau yang asing, yang diibaratkan mengancam nyawa anak-anaknya yang lain dan seterusnya boleh bertindak ‘membunuh’ anaknya yang berbau lain.
Tidak Cukup Zat
- Ibu kucing sebenarnya boleh mengesan anak-anaknya yang lemah dan tidak mampu berjuang untuk hidup. Mereka bertindak membunuh anak tersebut kerana memberi peluang anak2nya yang lain hidup lebih baik kerana tidak perlu berkongsi susu dgn anak yang sakit; atau
- ibu kucing itu sendiri tidak mempunyai zat yang cukup, lapar dan kurang susu untuk diberikan kepada anaknya yang bersaiz besar atau, anak yang ramai atau tidak berupaya melindungi anaknya yang sihat!
Takut dan dalam usia muda
Terdapat teori yang menyatakan ibu kucing yang berusia muda terutama yang baru mencapai kematangan kali pertama (1st heat) gagal mengawal emosi takut menghadapi pengalaman melahirkan dan menyusukan anak. Teori ini agak sukar diterima oleh pemilik kucing dan menjadi penyebab terakhir mengapa ibu kucing makan anaknya sendiri. Ini adalah kerana pemilik kucing itu sendiri menerima tamparan dan dipersalahkan kerana gagal memandulkan atau cuai menjaga kucingnya.
Tergugat
Teori ini dikatakan berlaku pada kucing jantan yang dominan. Kucing jantan berupaya menghidu bukan sahaja pada kucing dewasa tetapi jugak pada anak kucing yang boleh menjadi rival atau musuh kepadanya.
Itu lah sahaja teori yang dapat saya rumuskan setakat ini. Sekiranya para pembaca mempunyai pendapat atau teori yang lain, sila lah kongsi bersama ilmu anda di sini. Yang pasti, kita tentu tidak mahu kejadian yang sama berulang. Penyelesaian yang terbaik ialah kucing tersebut haruslah dikembirikan selaras dengan tuntutan agama – menjaga maslahah amah, memberi masalah kepada kita dan persekitaran jika membiak atau dibiakkan..
12 comments:
haruan makan anak cmne plak kak gee ??? hehee...thanx for the info :-)
tak tau lak psl ikan. kalau peribahasa maksudnya, bapak kandung err berkenan dgn anak sendiri.. hehe *bahasa halus*
kak, hamster pon makan anak gak...hehehe..
alahai yana.. sis pernah bela hamster tp tak pernah beranak :p last2 x mau bela dah sbb tgk kucing2 sis asyik attack depa je.. stress kwn tu haha!
kucin MM si Bulat dulu pon penah makan anak dia, sbb tak cukup bulan
uhhh, thanks kak, chokie saye bru je bersalin smlm, ari ne dy cam 'gile' je. macam2 la yg pelik2 dy buat. pastu kitorg tataw mne dy sorok anak dy. sampai sudah kitorg xjupe ni. isauu gakk
yebbit - chokie tu kucing ke hamster? :) tak jumpa anak dia? emm selagi tak berbau tu.. kira ok la.. meaning 'tak berjejak'.. cuma jadi 'diselubungi misteriiii..' *mengong lepas raya aji ni*
best..saya suka blog awak ni..bayk info pasal kucing..s
Alamak, begitukah... Kucing saya nie lahir 5 ekor, bangun tidur tinggal 3.. Pening jap.. Nak tido tengok si ibu makan anak dia sekor lagi... arhhh.. Skarang masalah, sama ada nak biarkan 2 ekor lagi dibiarkan ibu makan atau tindakan lain.. pening3. Teori ibu muda rasanya boleh pakai kot.. dan satu lagi meroyan coz kucing jantan asyik datang jak kat umah...
Bolehke ibu memakan anaknya walupun anaknya dah berusia 3bulan lebih? dan memakan anaknya yg sudah pun mati. I mean bangkai.
Apa tindakan selanjutnya? Adakah kita patut mengasingkan ibu dan anaknya? Selepas situasi kejadian ibu makan anaknya sendiri?
9州博彩
運彩分析
賽事分析
運彩投注
線上投注
運彩賽事預測
運彩報馬仔
即時比分網
即時賠率
球賽比分
Post a Comment