Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Terima kasih pada Shima dan Shahila..

Share

Ingat entri Manish dan Manggish yang telah dikembirikan? Kedua-duanya telah selamat bertukar tangan.  Manggish atau Anggish telah selamat diserahkan semalam, 14 November 2010 kepada Shahila Shaifful dari Seri Petaling. Terharu sebab ibu juga adik beradik Shahila turut turun padang. Ini cukup membuktikan mereka memberi sokongan dan restu dalam menerima kehadiran Anggish di rumah mereka..

Photobucket
Tangkap ayu - muka Sha tu bertompok merah sbb kena 'hadiah' dr Kyon



Anggish sebelum
Anggish, malam terakhir sebelum tarikh penyerahan..

Photobucket
Mandi sebelum diserahkan jam 3 petang..

Anggish mandi
Lps mandi.. Nmpk dia tenang kan? Dlm hati stres ntah apa :)

Anggish slps
Lepas mandi.. boleh amek port atas baju bersih?

Photobucket
Dalam perjalanan untuk diserahkan..

Photobucket
Surat keras tangan dari Sha..

Photobucket
Ni yang paling tak tahan.. klip kertas kucing! :)) Duit tu kos kembiri Anggish ye.. jgn kata saya jual lak kucing saya tu..

Manakala Manish@Anish telah selamat diserahkan pada adik Shima Mustapha dari Keramat pada malam khamis, 4 Nov 2010, iaitu 5 hari selepas dikembirikan.  Anish diserahkan dengan bau-bauan bedak sebab dia tak boleh mandi atau kena air lagi :)

Photobucket
Anish bergambar sebelum diserahkan..

Photobucket
Berada di dalam pelukan tuannya, Shima.

Shima datang bersama dua org kakak dan anak-anak saudaranya.  Masa tu suami dan saya tersenyum lebar *bahawasanya famili Shima merestui kehadiran Anish*.. Anish diberitakan telah pun selamat diberi vaksin pertamanya pada hari Sabtu, 13 November 2010.

Photobucket
Anish dengan rasminya telah bertukar nama ke pada Hero!  Gambar menunjukkan Hero di rumah tuannya kini.


Terima kasih tidak terhingga Shahila dan Shima!.. Pesanan akak, pelihara lah mereka dengan baik ye.. Mengalir lagi airmata pagi ni... bukan sebab sedih berpisah.. tp sangat happy dan terharu, kerana jauh di sudut hati saya tahu mereka kini mempunyai tuan yang terbaik!

5 comments:

bunny ;) said...

HAHAHA terasa segan silu level 800gigabyte pulak muka sha interframe lebih. Anggish nye tak nampak. hehe, ampun ye Anggish :P

Sha dalam proses pujuk Anggish lagi ni :) Dulu hunybuny pun sama jgk, tak nak org dekat, menyuruk bila sha dtg. Anggish baik, dia takmau keluar dari tempat nyuruk die keras2 kan badan bila sha tarik nak peluk. So sha intai dari jauh, n pi usap2 die pastu bagi dia rehat dekat mana dia suka :) Arini petshop tak bkk. Esok igt nk try beli wet food pujuk2 die :D

Nanti sha update sis lagi ye ;) Thank you ye sis. hehe hepi tak terkate smlm. :P

DearCats said...

haha! tak pa la.. dah byk entry asyik muka Anggish je.. nak la gamba muka adopter..

Ehmmm tp dia makan nak makan tak?.. jgn stress udah ler.. risau pulak sis.. kalau ada catnip pun boleh pujuk rasanya..

bunny ;) said...

haah kan, cat nip. sha tak terfikir pulak. nanti beli catnip serbuk tu mcm best je utk kucing :D

ha tu la sha risau die tak berapa nak makan sgt sis dah cuak dah sha pun pujuk die tadi dekat cage sebab Anggish mcm takut sgt dengan wide space dlm rumah. so sha masuk dlm cage dengan die :)) pastu sha suap die cat treat dia makan. lepas tu sha suap die kibbles. bila die dah rasa nak makan, sha hulur dalam bowl, dia tak mau. sha suap baru dia nak. sejam sha cakap usap2 dia, pastu die cam loosen up sikit die dtg jap kat sha pastu die pulang kat litter box smule tapi tak la die keras2 kan badan macam semalam. nanti cube lagi and sha nak pi bli wet food jugak nanti bg Anggish selera :D

DearCats said...

ehmm nmpk sgt dia susah nak 'blend'kan?. so far tak de kucing yg sis beri adopt jd gini.. Cabaran tu Sha hehe.. sis tgk kt blog MM dia ada beli 1 toy yg dah siap catnip.. Tu pun mungkin membantu. Masa berpisah dgn Anish, Anggish nmpk tak bersikap 'mencari' adik dia tu. Dia mcm tak rasa kehilangan pun. Skrg ni dia bersikap lain mcm pulak.. Betollah kalau sis kan, mmg sis suka kucing mcm ni.. sbb anggap ianya satu isu yg kita tak pernah lalui. Adik dia Hero tu dah lupa dah abg dia.. dah ada teddy bear sendiri haha!

bunny ;) said...

hehehe, smlm sha pujuk dia dgn kotak pastu boh catnip serbuk. dia tinggalkan litterbox dan duduk dlm kotak. (buat kyon jeles kat cage sebelah mcm2 bunyi dia buat tanda protes XD) tapi tempat fevret die tetap la litter box ^^;

sha belikan wet food, anggish tunjuk minat :D dia tak nak makan kibbles pulak dah XD;; patut tak sha campur kibbles dengan wet food sis? nanti malam ke sha try bg die masuk main dalam rumah. sha byk la membebel dengan anggish. cakap pasal dia duduk sini die jadi adik sha, jadi family, semua org syg die, jgn takut bla3 :D pastu lama2 die datang kat sha time tu sha dukung dia letak atas lap sekejap tp asal ada bunyi asing je terus dia masuk litterbox lagi hehe

sha cuak sbb dah berapa hari dia tak membuang p tanye kat petshop masa beli barang, dia ckp kucing yg takut boleh tahan 2-3 hari tak guna litterbox lgsg. smlm malam sha ternampak baru anggish ada membuang :P rasa nak ambik gambar poo die sambil nangis tnda kesyukuran muahaha :))

betul tu sis, ni semua benda baru, dalam pada takut2 sha suka jugak sbb belajar benda baru pasal kucing :) bergune utk mase depan hehe.

hehe anish da bahagie. tengok gambar die pun fuh manjenye. dkt tempat anish ada miow lain tak sis? kat sini mungkin ada kyon yg aggresip buat manggish rase GULP sikit kot, anggish kan sopan santun hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...