Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Tumbuhan kucing galak aka "catnip"

Share

Ramai pemilik kucing tahu apa itu catnip, tetapi tidak tahu apa itu pokok kucing galak (Acalypha Indica). Catnip merupakan sejenis tumbuhan herba yang amat digemari kucing. Di Barat, mereka menggunakan pokok Nepeta Cataria sebagai catnip manakala di Malaysia, pokok kucing galak ini sebenarnya lebih mudah didapati sebagai catnip kucing secara semulajadi.


Tumbuhan kucing galak (Acalypha Indica) yang kami cabut pagi tadi sebelum ke tempat kerja :p



Ini pula catnip jenis Nepeta cataria yang asalnya datang dari negara Eropah.

DC begitu tertarik untuk membuat entri ini apabila salah seorang rakan suami DC, yang juga amat menyayangi kucing memberitahu mengenai kehadiran pokok kucing galak di sekitar rumahnya. Apatah lagi ketika itu DC baru bercadang membeli semburan catnip di petshop untuk digunakan di cat tree (yang kami baru buat) untuk kegunaan kucing-kucing DC melepak :) 

Agak menakjubkan kehebatan tumbuhan ini, bila kami mencabut tumbuhan ini, entah dari mana seekor kucing menghampiri kami, lalu kami beri kan setangkai.



Kucing akan 'lupa dunia' jika bertemu dengan tumbuhan ini. Mereka akan menghidu, menyondol, memijak, berguling, mencakar dan makan tumbuhan ini sehingga ada yang meleleh air liur akibat keterujaan terhadap tumbuhan ini.

Lihatlah gambar gelagat kucing ini kesan dari catnip.


Tumbuhan kucing galak ini sebenarnya banyak didapati di negara Afrika dan India. Di Afrika, tumbuhan ini digunakan sebagai perubatan tradisional dan juga dinikmati sebagai sayuran. Begitu juga di India, tumbuhan ini diguna untuk merangsang muntah dalam Siddha medicine dan merawat luka dan ulcer serta kurap dan kudis.
Kandungan kimia pokok kucing galak mangandungi antibiotik, antiradang, pelawas kencing, sebagai anstrigen dan menghentikan pendarahan.

Di Malaysia, tumbuhan ini telah digunakan dengan meluas dalam perubatan homopati. Menurut Dr. Mohd Said Saad (Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun. Ia banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk. Khasiatnya juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.

Tumbuhan herba ini direbus dengan lama sehingga 3-5 jam (dipercayai untuk membuang toksik dan racun) sebelum boleh digunakan oleh manusia. Jika digunakan secara berlebihan, bahan aktif dalam tumbuhan ini iaitu Acalyphin  (sejenis sianogenik glikosid) dan hydrosianik asid boleh memberi kesan keracunan seperti rasa loya, muntah dan cirit birit.

DC merujuk kepada beberapa laman web dan blog yang memaklumkan bahawasanya negeri Perlis telah menanam pokok kucing galak ini secara komersial dan dijadikan bahan Kajian (R&D) pada tahun 2006.  Namun DC tidak menjumpai sebarang perkembangan mengenai projek ini. Mungkin pembaca tahu?

Sumber :
http://www.bio-asli.com/herb/galak.asp 
http://petuasejagat.blogspot.com/2010/03/4-khasiat-air-rebusan-kucing-galak.html
http://butaseni.blogspot.com/2007_10_01_archive.html
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=133

14 comments:

Tiara said...

nak boleh x?
heheh.
nk tanam kt umah,
mne nk dpt ye.
x pnah tgk pn,
pokok galak kucing ni

Gee said...

mana da galak kucing.. kucing galak la.. ekekekek.. DC baru je nak try tanam. Org kata tumbuhan ni dia tumbuh merata.. kat tepi jalan pun ada sebenarnya tp kena kenal la yg mcm mana. cuba tgk sumber kat bwh sekali entry ni.. ada blog butaseni tu.. psl entri pokok kucing galak

meowwmania said...

betul betul! kucin2 MM kalau dapat pokok kucing ni sampai meleleh-leleh air liur, bergolek-golek macam gian hehe...

Gee said...

laaa MM pun tau ye? adoyaii.. DC gak yg terlewat tau..sbb mmg tak penah jumpa la.. ni 1st time.. ni tgh fikir mcm mana nak letak kat cat tree.. hehe..

NaddY said...

puas cari benih pokok ni...tak jumpe pong...

Namie Amir said...

namie panggey 'galak kucing'...sume kucing suke main ngan akar dia...siap sondol2..golek2 ats akar tuh...xpyh tanam pun, tumbuh sendiri mcm rumput..hehe..banyak woo kt dpn rmh nih..sapa nak mehla amik..free je ;-)

tm said...

Interested dgn plant ni, macamana nak dapatkan.. Ada tak jual kat nursery?

ღAuni_Amauniღ said...

mmg galak pun kucing saya bila diberikn tumbuhan kucing galak ni kak..huhuhu smpai jadi lunyai tumbuhan tu dibuat kitten saya..ekekeke comel!!! ^^ tadi bru baca n3 ni..pastu gi luar tgk2 kawasan umah kot2 ada..mmg ada pun tumbuh kat tepi2 jalan kat umah ni..apa lagi..saya pun amik la bagi kat kitten n kucing dlm umah..
dpt2 jer terus dorg geget2 n cakar2..haha comel giler.. =)

Anonymous said...

mana lagi bagus apalypha atau nepata cataria? tapi serius ke xde bad effect kepada kucing walaupun sikit?

LYNN said...

PLEASE! help me.... i cant find this plant at rawang

Anonymous said...

Plz call me. I need that plant for my cat birthday. Area Shah Alam. 0189897463 aki

Unknown said...

Saya buat ekstrak kucing galak dan bagi kucing minum, sikit saja lebih kurang 1ml(dewasa) dan 1/2 ml(umur sebulan setengah). Selsema dan sakit mata tidak melarat dan semakin sembuh dan sembuh terus. Sekarang ini dah besar dan bulu cantik dan beri minum seminggu sekali atau 2 kali untuk mengelak penyakit. Bulu cantik dan tidak dijangkita kurap. Tak payah pergi kinik dan jimat belanja saya. Tapi itupun dengan izin tuhan. Sekarang ini ada anak kucing macam kena busung, saya try bagi dah 4 kali. Hari ini nampak perut lebih kecil dan bila angkat ringan, mungkin sebab air dah keluar.

Rose said...

Sis mariam, boleh share resepi x utk buat extrak tu?

jinggut said...

Pokok ni tumbuh merata tp kena kenal. Pokok ni mcm tonik utk kucing. Kecik2 dulu kucing sy selalu bergadoh luka sana sini bila balik. Sy akan cr pokok ni, kucing sy akan makan akar pokok sbg ubat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...