Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagaimana membersihkan 'Cat Tree'

Share

Dari tak ada cat tree, dah ada, sekarang bagaimana pula nak membersihkannya ye? Itu la soalan yang bermain dalam fikiran DC pada awalnya. Cat tree secara asasnya dibina dari kayu juga papan dan dibalut dengan karpet lembut atau kain fleece. Oleh sebab itu agak sukar hendak dibersihkan menggunakan air kerana papan akan basah dan kembang, sekali gus lambat laun akan mengubah struktur binaannya.

Akhirnya DC menemui cara yang lebih baik, iaitu seperti berikut :

Bahan-bahan yang diperlukan :

Penyedut hampagas (vacuum)
Berus bulu kucing yang diperbuat dari getah
Semburan nyahkuman
Tuala lembap
Serbuk baking soda (jika perlu)
Lint roller (jika perlu)
Packing Tape (jika perlu)




Cara-cara membersih :


Lakukan proses pembersihan di luar rumah. DC memilih menggunakan berus atau sikat kucing jenis kong Zoom Groom yang diperbuat dari unsur getah (yang digunakan untuk membuang bulu gugur kucing) kerana hujung berus tidak tajam. Kalau pembaca masih ingat entri Sesi Menyikat dengan Sikat Kong Zoom Groom, bulu-bulu kucing yang gugur amat mudah dikeluarkan bukan saja pada kucing, tapi pada cat tree :)

Permukaan berus jenis ini tidak tajam, tidak mencederakan serat pada karpet cat tree
Boleh menggunakan apa2 saja jenama sikat kucing yang diperbuat dari getah

Berus sabut tidak digalakkan sebab kemampuannya mengeluarkan serat kain bulu yang tentunya merosakkan permukaan karpet cat tree. Ia sering patah dan meninggalkan sisa patahan yang pendek dan tajam pada karpet.


Gunakan sikat ini secara memberus ke satu arah dan juga dengan pergerakan membulat untuk mengutip bulu2 
Hasilnya..


Gunakan penyedut hampagas untuk membersihkan bulu2 dan sisa kotoran yang berjaya dikeluarkan oleh sikat tadi

Untuk lebih meyakinkan, guna packing tapes (yang digunakan untuk menutup kotak) atau lint roller (yang digunakan untuk membuang habuk) untuk membuang sisa kotoran yang masih ada.

DC perhatikan terdapat beberapa keping kuku rapuh di bawah scratching post.. Gunakan vakum untuk membersihkannya.
Cage Wizard Plus - Disinfectant, Virucide, Cleaner, Deodorizer


Selesai proses ini, gunakan semburan nyahkuman. Amat penting, ketika proses ini pastikan tiada kucing yang mengganggu kerja2 pembersihan. DC guna jenama Cage Wizard Plus yang dikatakan bukan sahaja mampu membunuh bakteria tetapi juga virus seperti Staph, E. coli, Salmonella, Newcastle disease virus, avian infectious bronchitis virus, dan juga SARS, Avian influenza, Rhinovirus dan Rotovirus. (Tujuan DC beli spray ni dulu sebab takut jangkitan kuman/virus yang mungkin datang dari kucing liar yang cedera parah dan mati di rumah DC - tak sempat selamatkan kucing tu. DC delete semua gambar kecederaan yg dia alami sebab tiap kali tengok pasti air mata bercucuran.. Tkasih pada mereka yang berkongsi kesedihan dengan DC pada hari tersebut..)

Tuala lembap

(Jika tiada pilihan, pembaca boleh juga gunakan FeBreeze tetapi pastikan disembur secara mild) Biarkan cat tree sehingga 3 minit selepas semburan. Lap cat tree menggunakan kain atau tuala lembap. Ketika ini kita akan dapati kekotoran akan berpindah ke tuala lembap tadi.. Setelah selesai jemur cat tree di tengah panas. Jika pembaca ada mesin pembersih wap (vapor steam spray), cat tree tak perlu dijemur. Hanya gunakan selepas semburan.

Baking Soda

Gunakan baking soda untuk menghilangkan bau di cat tree jika anda benar2 tiada pilihan (kerana ketiadaan semburan tadi) atau ketika terdapat stain yang perlu dihilangkan segera. Hanya renjis di tempat2 yang perlu.. biarkan sehingga 10 minit dan vakum..

Siap!

Bila dah bersih, bau pun segar, rasa macam kita pulak nak duduk di situ! hehe

6 comments:

NaddY said...

still jeles ngan cat tree tu..hohohoh

meowwmania said...

rumit jugak nak bersihkan cat tree tu kan perlu teliti dan sabar

mujurlah kat rmh takde cat tree bebudak tu cuma memanjat di rambutan tree, senang tak payah basuh huhuu *pemalas!

Gee said...

Nad - jgn jeless.. usaha tangga kejayaan ekekek.. duit sumber inspirasi :)

meowwmania - owAAaa!! jelesss laaa dgn MM.. mana la nak carik pokok kat umah DC!..

♚ wonderFURRworld ♚ said...

errrrrr...kak gee..!!!!!! (lari2 sambil felok musyang),

cat tree kat umh dah lunyai...
cemane ekk nak bersihkan..??
nnt lya masuk gambar lam beloggg... keh keh keh keh :p

pst :: nih belogg baru utk kucen jahh.. xmo cmpur2 ngan belogg pesenel... ekekeke

Gee said...

phat cat - Lyaaa!! welkam beloger welkam!.. i loikkee yr belog!.. renongan mata menusuk kalbu haha!.. sama la belog akak ni pun kucing je semata-mata.. belog pesenel asing hehe..

Jul's said...

thanks kak gee.. hehehe... pic tuh dah edit2, pastuh resize tau2 jadik cam blur plak..tuh 1st tiral edit pic..maklom ler x gheti sgt bab2 edit neh.. :p

yg phat cat tuh beloggg ke-3..insyaAllah yg last..yg 1st eenajulia tuh nak pvt...byk sangat pic pesenel tp terbuka utk member2 yg rapat jer..nnt lya invite akak utk blog tuh ek... yg raindrops tuh xpe..tuh utk pesenel tp yg bleh sape2 tgk..xde pic terlampau..*terlampau ker??? muakakak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...