Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Makanan dan ubatan yang merbahaya pada kucing - Siri 1

Share

DC sebenarnya telah beberapa kali cuba membuat homemade cat treats atau makanan ringan/snek kucing di rumah tetapi terbantut kerana kebanyakan makanan kita tidak baik untuk kesihatan si Comel. Berikut ialah beberapa senarai makanan manusia yang biasa kita makan tetapi amat tidak baik untuk mereka. DC merungkaikan mengapa makanan ini merbahaya pada kucing seringkas-ringkasnya..

BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH




Benda paling common yg kita makan, hampir setiap hari. Mudah nak ingat sebab benda ni sama seperti tajuk cerita P.Ramlee haha! Bawang merah mengandungi bisulphides atau thiosulphate yang boleh memusnahkan sel darah merah kucing dan membentuk sakit anaemia (pemusnah sel darah merah).  Semua bentuk bawang adalah toksin pada kucing - sama ada mentah, kering, serbuk atau dimasak.

Bawang putih mengandungi unsur yang sama tetapi dalam jumlah yang kecil.

Simptom berlaku selepas beberapa hari kucing memakan bawang - sakit perut dengan muntah, diarrhoea (cirit birit), tiada selera makan dan lemah - kerana oksigen yang dibawa oleh sel darah merah rosak. Sel yang rosak menyerap ke air kencing lalu menyebabkan kucing sukar bernafas kerana semakin kurang oksigen yang boleh dibawa ke seluruh tubuhnya.

SUSU


Susu bayi bukan la makanan semulajadi pada kucing. Susu lembu hanya sesuai untuk haiwan itu dan juga manusia. Susu lembu mengandungi bahan laktosa yan tidak dapat dihadam oleh kucing. Ini menyebabkan kucing akan sakit perut, diarrhoea dan rasa tidak selesa.

Banyak kucing yang begitu gemar pada susu lembu. Semakin tinggi  kandungan lemak pada susu, semakin kurang laktosa. Oleh sebab tu ada kucing yang minum susu tidak mendatangkan sakit kerana kurang laktosa. Oleh itu jika masih nak beri susu pada kucing, pilihlah susu yang tidak mengandungi laktosa (lactose-free milk) atau anda berikan susu kambing.  Susu kambing juga mengandungi laktosa tapi pada kadar yang rendah.

Kucing yang mempunyai diet seimbang dan air yang mencukupi tidak perlu diberikan susu dan pilihan yang terbaik ialah jangan jadikan habit memberi susu kepada mereka :).

COKLAT DAN KOKO


Mengandungi theobromine yang amat toksik pada kucing. Theobromine adalah perangsang cardiac (buat jantung berdegup kencang dan tidak stabil) dan diuretik (kerap kencing). Bila kandangan ini berada dalam darah, ia menyebabkan hyperactivity dan dahaga.  Selepas beberapa jam, kucing akan muntah2 dan diarrhoea. Serangan ini boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup dalam masa 24 jam selepas memakan coklat atau koko.

Serbuk koko dan coklat masakan sebenarnya mempunyai dos theobromine yang lebih tinggi kerana ianya adalah bahan pati (concentrates).  Begitu juga dengan coklat yang rasanya pahit manis dan berwarna gelap. Susu coklat walaupun kurang bahaya, ianya masih tidak selamat untuk diberikan kepada kucing anda.

Jangan sekali2 berkongsi kek coklat atau biskut dan roti coklat anda. Tidak ada sebab mengapa kita harus berikan benda2 ini kepada kucing kerana mereka memang tidak memerlukannya!  Menurut Sarah Hartwell, beliau pernah melihat kucing mengalami kesan neurologikal selepas hanya memakan secebis biskut coklat.  Kucing tersebut berjalan secara mengundur. Mujurlah kesan tersebut berlaku hanya sementara.

ANGGUR DAN KISMIS


Tahap toksik (keracunan) anggur dan kismis pada kucing tidak diketahui. Tetapi ianya jelas pada anjing. Pusat Kawalan Racun Haiwan ASPCA di US menasihati agar anggur dan kismis tidak diberikan pada anjing dan juga kucing. Maknanya, anda tidak perlulah berkongsi sarapan muesli atau kek buahan ini kepada kucing anda walaupun dia merayu..

AVOCADO

Semua bahagian buah avocado mengandungi toksin yang dinamakan persin. Ia penyebab gangguan gastrointestinal (usus), muntah, diarrhoea, sesak nafas, pengumpulan cecair di sekeliling tisu jantung dan kematian. Jangan berikan pada kucing anda walaupun dia mungkin berminat pada tekstur minyak avocado yang kadang kala kita letak pada sayuran roti salad.

BROKOLI (BROCCOLI)

Brokoli sebenarnya baik untuk kesihatan kucing kita jika diberikan pada jumlah yang sedikit kerana mengandungi bioflavinoids.

Jika jumlah brokoli melebihi 10%, ia menyebabkan gangguan gastrointestinal (usus) dan jika ianya melebihi 25%, kematian boleh berlaku. Menurut Sarah Hartwell, tiada laporan keracunan pada kucing akibat pemberian brokoli setakat ini kerana tiada pemilik kucing yang memberi jumlah yang tinggi pada kucing mereka.

TEH DAN KOPI



Rasanya semua orang tahu bahawa semua bentuk kopi dan teh mengandungi caffeine, iaitu sejenis perangsang. Sesetengah kucing amat tertarik dengan teh susu dan kopi. Selepas minum mereka akan menjadi hyperaktif. Tidak merbahaya tetapi boleh memudaratkan kerana ia boleh menjurus kepada ketagihan.

TEA TREE OIL 


Berfungsi sebagai antibakteria dan antifungal. Banyak digunakan dalam shampoo, mandian dan ubat-ubatan,. Ramai kucing telah dilaporkan mati akibat keracunan minyak tea tree kerana menggunakan lebih dari kadar yang diperlukan. Reaksi terhadap kucing boleh dilihat selepas 2-8 jam penggunaannya. Antara simptomnya ialah lemah, menggigil dan demam.

Berikut ialah artikel yang DC jumpa di majalah online - show cats online.

"Recently, a Maine Coon owner took her 2 cats to a professional pet groomer to have a summer clip and bath. When the cats returned home, they seemed "off". By the next day theowner was so concerned that she rushed them both to her vet where their temperatures were 105+ and they seemed to be in pain. Cool baths were given immediately which temporarily lowered the fevers. During one cat's bath a large patch of hair fell out at the scuff of his neck and the skin underneath looked like it had been blowtorched. He was given subQ fluids and sent home on Prednisolone 5 mg. The other cat was bathed and given subQ fluids. Over the next 24 hours they ate and drank a small amount, were restless and obviously felt bad. Despite veterinary attention one cat died and the other was very ill."

Mengerikan ye?..   Semoga segala panduan yg DC paparkan disini memberi manfaat bersama. Nanti kita sambung lagi ke Siri yg ke 2..







6 comments:

meowwmania said...

betul tu...byk makanan kita yg tak sesuai untuk kucing

dulu pon tak tahu tp lepas bela kcg ni kita kena amik tahu kan ;)

info dan pengetahuan yg sgt penting utk pemilik kucing, tengs DC :)

anis said...

thanks...
dulu msa kecik kucing anis ska mkn cadburry...
laju je klu dia mkn...x taw plak bhya rpanya coklat ni...
tp skunk dia dh x de...huhu

Princess Ayang said...

yana penah kasi brokoli... ayok!!!
tp sikit jela, sebab jumpa resepi ntk kucing yg diletak brokoli..

Gee said...

kdg2 kita tau makanan tu merbahaya tp kita bagi 'tanpa sedar'. DC juga mcm tu. Pernah makan kismis, terjatuh sebiji dua, kucing siam DC makan mcm kismis tu ikan! DC pun bagi lagi.. sambil snap gambar. Bila masuk gambar tu dlm FB.. adehh kena tegor dgn otai.. uhuk!

Unknown said...

kalau terbagi kucing makan sikit coklat cm ne ek??

eRiNa eDrInNa said...

kucing kesayanganku...kena ambik tahu ape yg kucing kita boleh makan n tak boleh makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...