Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Fakta Torties dan Torbies

Share

Tortie merupakan singkatan dari perkataan tortoiseshell iaitu nama yang datangnya dari corak cengkerang kura-kura. Secara ringkasnya Tortie merupakan kombinasi warna padu (solid) merah dan hitam yang majoritinya terdapat pada kucing betina. Bagaimana terjadinya warna tortie telah saya terangkan dalam entri "3 Torties in da House!"

Warna utama pada kucing tortie ialah hitam. *Warna merah (rujuk maksud warna merah di akhir entri ini) adalah berbagai (vary) dari beberapa titik hingga kepada jumlah yang banyak.  Terdapat juga tortie yang mempunyai warna merah lebih dari warna hitam tetapi ini amat jarang berlaku. Kucing seperti ini digelar Tortie Terbalik (reverse torties).


Black Tortie

Brown Tortie pada kucing saya bernama Demok

**Blue Tortie pada kucing British shorthair ini


Torbie pula merupakan singkatan dari perkataan tortoiseshell-tabby.  Apabila terdapat warna belang (tabby) pada tortie, kucing itu mendapat warna torbie. Warna kucing ini juga kadangkala dipanggil belang bertompok (patched tabbies) kerana mempunyai warna belang dengan tompok2 warna merah atau krim.  Dengan bertambahnya belang pada warna tortie, adalah sukar untuk kita lihat kewujudan warna merah secara nyata.  Kebanyakkan kucing torbie mempunyai banyak warna merah pada kaki.

Kebanyakan pemilik kucing sukar membezakan antara kucing tortie dengan kucing torbie. Kadang2 mereka mempunyai kucing warna padu (solid) atau satu warna tetapi wujud pula sedikit belang. Hanya satu cara kita dapat mengenalpasti tortie atau torbie iaitu dengan mengabaikan sebarang belang yang wujud dalam kawasan warna merah atau krim. Hanya lihat pada warna utama iaitu hitam - sama ada warna padu atau terdapat belang! Jika ada belang pada warna hitam, pastinya warna torbie :)

Silver Mackerel Torbie
Brown classic torbie pada exo shorthair bernama Coco

Silver spotted torbie

Warna tortie dan torbie yang terdapat pada kucing memang menarik.  Peminat kucing (cat fancy) menggelar mereka ini "Tortie-tude" kerana warna setiap ekor kucing ini melahirkan keunikan 'cerita' atau ekspresi mereka yang tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka ini boleh menjadi kucing yang paling hebat anda pernah miliki!



Nota :
*Warna merah pada kucing merupakan nama rasmi yang diberikan oleh The International Cat Association (TICA). Antara warna yang tergolong dalam maksud warna merah ialah oren, ginger, marmalade, kuning, rusty dan oren. 


** Warna biru (blue) juga merupakan nama rasmi TICA. Warna yang sering digunakan untuk menjelaskan maksud warna biru ini ialah warna kelabu (gray, grey)

4 comments:

Cat-from-Sydney said...

DearCat,
Oh...very educational indeed. There's neither tortie nor torbie in our household. Everyone's either black or grey tabby. purrr....meow!

ummufaqeha said...

nice...;)

meowwmania said...

wahh! mmg cantik menarik dan tertarik!

takde pulak yg dtg kat rumah ni kucin camtu kalo nak beli tu mmg takde lah kan..

Namie Amir said...

kalau kat kampung kucing torties kami panggil "celoreng" manakala kucing torbies dipanggil "cicak".hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...