Kucing jenis 'Pointed'
ShareKucing 'pointed' bermaksud kucing yang mempunyai corak pada bulu di mana warna gelap hanya terdapat di penghujung (point) bahagian anggota badan seperti muka (hidung), telinga, kaki dan tangan serta ekor, sementara badan pula berwarna cerah. Ini lah corak yang menjurus kepada pada kucing siam.
Corak ini sebenarnya bukan sahaja terdapat pada kucing Siam tetapi juga pada kucing pointed baka Ragdolls, Birmans, Balinese, dan Tonkinese. Lain-lain baka yang bukan kucing pointed seperti Siberian, Cornish Rex, dan Exotic Shorthair juga boleh mempunyai corak pointed. Satu-satunya perkara yang sama yang ada pada semua kucing jenis pointed ialah mata biru.
Kucing pointed secara umumnya dilahirkan dengan warna cerah dan berubah menjadi warna gelap bila meningkat dewasa. Paten pada points boleh jadi warna padu (solid) dan belang (tabby).Lilac Point Siamese Cat |
Beberapa warna yang terdapat pada kucing pointed ialah :
Seal point - mempunyai warna padu (solid) seperti hitam dan coklat gelap pada points
Seal point - mempunyai warna padu (solid) seperti hitam dan coklat gelap pada points
Blue point - mempunyai warna kelabu gelap atau perang pada points
Lynx point - mempunyai belang (tabby) pada points
5 comments:
sangat comel..;)
DearCats,
My sister-in-law Nicole and all her kits are pointed cats. They all have blue eyes. As they grow older, their fur becomes darker with their tabbiness showing through. purrr.....meow!
suka sangat kucen camgini....comel..
Teteh, Kakak Baby dan Momon adalah pointed cats kah??
macam yaya namie..pointed jugak :-)
Post a Comment