Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kitten for adoption : Pakej "2 by 2 dalmation furkids"

Share

Masih ingat dgn dalmation kittens? Kini dah sampai masanya mereka ni - 2 jantan dan 2 betina dilepaskan untuk pengangkatan (adoption). Mereka kini dah berusia genap 4 bulan 21 hari. Kisah2 mereka pernah DC siarkan dalam entri 5 ekor anak kucing Dalmation dan Dalmation kitties dah usia 10 hari :).  Oh ya, adik bongsu, Kechik mereka telahpun pergi buat selama-lamanya.

Gambar-gambar diambil pada 13 Mei 2011



Apa yang DC maksudkan pakej "2 by 2" ialah DC nak serahkan dalmation kittens ini kepada 2 adopters sahaja. Bermakna tiap adopter memiliki sepasang - 1 jantan dan 1 betina.  DC buat begini supaya faktor kemurungan dapat dikurangkan.  Semua kitten ni tidak pernah berpisah dan mereka sering bergurau di antara satu sama lain. Agak membimbangkan jika mereka terpisah, akan mengalami sindrom kemurungan akibat stres, bertukar tuan, persekitaran baru dan gaya penjagaan dengan pemilik baru tersebut. DC bercakap melalui pengalaman :)






Tak habis2 bergurau

Susuk badan mereka serupa dengan ibunya, Cik Tom (sekarang title puan) - slim dan tinggi.

Cik Tom ketika muda (mama dalmations)

Ok, sekarang marilah kita tengok mereka tu satu persatu ya. Sehingga kini mereka tiada nama tersendiri. DC beri gelaran begini hanya sebagai ID untuk memudahkan DC mengenali mereka.

BUNGA
ID diberi sebab di bawah mata sebelah kiri ada sedikit bunga hitam kecil
Watak - yang paling manja
Betina

Gambar close-up muka dan gambar keseluruhan badan dan ekor.
Nampak mcm dewasakan? sebenarnya tidak. Saiz mereka sebenar boleh refer gambar paling atas 
BUNGA masa tecit



CHARLIE
ID diberi sebab ada dot/spot di mata (senang ingat)
Watak - Pembuli, sebab dia paling besar
Jantan

Actually DC teringatkan Charlie Chaplin bila tengok dia ni, tu sbb ber ID kan Charlie.
CHARLIE masa tecit


MOON
ID diberi sebab muka separuh bulan 
Watak - jinak-jinak merpati
Betina

Cam Cengih ah
MOON masa tecit


FELIX
ID diberi sebab teringat kartun Felix the Cat
Watak - tiada spesifik, tapi sedap mata memandang kan? kan?
Jantan

Tak tau nak komen apa hehe
FELIX masa tecit ekekekeekk
Ni la caye masa tecit - caye cuka duduk bersila camni tau.

Berkenan? Berminat? sila email DC di rozzygee67@gmail.com. 

Oh ya.. tiada caj apa2. Adoption percuma :)


4 comments:

sI tEDI said...

sangat comel!! Seriusnya baru tahu DC adalah Kak Gee. Oh! Sangat sedih sbb saya tertinggal jauh!

meowwmania said...

arghhhhh comelnyaaaaaaaaaaaaaaaa............ gewammm!!!

Redzuyatt's said...

comeinya bebudakk nih.. heheee.... saya pon ade 2 bebudak dalmation anak si dotty tuh... heheee....

ademncats said...

comelnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...