Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kisah Cik Tom a.k.a. Lucy

Share

Atas permintaan adopter Cik Tom yang kini namanya telah dikomersilkan menjadi Lucy, DC paparkan entri ini khas untuk beliau :)  .. TErlebih dahulu maaf dipinta sebab tak banyak gambar Lucy yg ada dalam simpanan DC kerana kesukaran merakamkan gambarnya.  Cik Tom a.k.a. Lucy aktif kucingnya tau.. So apa yg ada ni la sahaja yg dpt DC garapkan..

Kisah bermula bila Cik Tom mengekori Musyang (Musyang ketika tu hobinya suka merempit sebab belum dizasskan) pulang ke rumah.  Dia dianggarkan berusia 2-3 bulan masa tu.  Ni bermakna dia dilahirkan sekitar bulan Oktober 2007.

Gambar pertama cik Tom yg dtg ke rumah DC bertarikh 2 Dec 2008



Ketika tu Cik Tom tersangatlah bising mulutnya sehingga merimaskan siapa yg dengar. Bermacam2 cara dicuba untuk menenangkannya.  Beri susu pun tak mau. Rupa2nya dia lapar! Selepas makan RC yg direndam susu baru la dia senyap dan tidur dgn lena. Phewww!!

Ni gambar ke-2 Cik Tom bertarikh 3 Dec 2008

Kami namakan dia Tom singkatan dari perkataan Tompok sebab dia bertompok hitam.  Selepas sebulan baru perasan yg dia ni rupanya betina sedangkan nama Tom tu lebih menggambarkan kucing jantan. Sebab tu kami tambah depan nama Tom dengan 'Cik' hehe.. jadi la Cik Tom.

Gambar ke-3 bertarikh 16 Dec 2008

Gambar di atas dirakam pada jam 2.14 petang, 16 Dec 2008 bersamaan dengan tarikh Betty melahirkan anak pertamanya pagi tu..


Minum air dar Catit Water Fountain

Sejak kehadiran Cik Tom, kucing2 yg ada ketika itu selain Musyang, Abby dan Nyet menerima dia seadanya. Maksudnya tak bergaduh la :)

Usia Cik Tom genap sebulan DC jaga, bersama Abby
Cik Tom jalan2 makan angin depan rumah.  Masa ni dah 2 bulan jaga dia..

Selepas ni tiada lagi gambar Cik Tom. Tapi kisahnya diteruskan bila dia mula mengandung dan beranak kali pertama pada 2010.  Melihat pada anak2nya yg seramai 3 ekor ini, dapatlah dijangkan yg suaminya kucing jalanan berwarna tabby.

Malangnya semua baby Cik Tom tidak survive

Dan pada bulan Disember 2010, sekali lagi Cik Tom bunting dengan bersuamikan Smokey, iaitu kucing DC yg menyerupai kucing russian blue, diberikan oleh jiran yang menjumpainya pada 17 Mei 2009.

Gambar selepas anak2nya seramai 5 ekor dilahirkan bertarikh 27.12.2010
Kesemua anak2 Cik Tom ini, DC namakan Dalmation kids :)

Malangnya, seekor dari 5 ekor Dalmation Kids ini (yang paling kecil) mati kerana mengalami masalah kegagalan penghadaman yang wujud sejak dia lahir.

Ubat-ubatan yang dibekalkan vet  ketika itu bagi mengatasi masalah kegagalan penghadaman
anak  kucing  Dalmation Kids yang paling kecil tidak berupaya menyelamatkannya..
 

Dalmation Kids yang seramai 4 ekor itu DC namakan Moon, Charlie, Bunga dan Felix.  Bunga dan Cik Tom kemudiannya diadopt oleh adopter yang penyayang itu. *Anda kenal siapa anda hehe*

Kini tinggalah Felix, Moon  dan Charlie yang sekarang berusia 10 bulan mewarisi warna2 ibu mereka, Cik Tom a.k.a. Lucy di rumah DC..



1 comments:

Ms J said...

takde satu pun ikut bulu Smokey eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...