Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Home Remedy - Kutu Telinga (Ear Mites)

Share

Kepada mereka yang ingin mencuba rawatan secara Home Remedy atau Petua dari Rumah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yg bakal berlaku pd si Comel.  Buatlah penyelidikan atau semakan terlebih dahulu dan bertindak dengan sewajarnya. Kalau tidak sanggup menghadapi risiko, segeralah ke Klinik Veterinar.  Home Remedy boleh dipraktikkan khasnya pada mereka yg tinggal jauh dari pekan atau bandar atau adakalanya vet sukar dijejaki kerana cuti umum yg panjang :)



Rawatan Home Remedy kutu telinga bergantung kepada tahap serius jangkitan kutu.


MINYAK ZAITUN (Olive Oil)




## Dititis sejumlah 3 - 5 titik ke dalam telinga menggunakan eyedropper, gosok dengan lembut sebelum kucing menggoncang kepalanya - takut minyak terkeluar tanpa kena pada dasar telinga. Lepaskan kucing dan biarkan dia menggoyang kepalanya.  Tindakan ini memudahkan earmites tanggal atau luruh dari dinding telinga. Bersihkan dengan bola kapas (cotton ball - pastikan anda tidak menggunakan putik kapas biasa, ditakuti boleh menyucuk gegendang telinga kucing yg nipis). Lakukan setiap hari selama 30 hari untuk membunuh earmites dewasa dan memastikan telur kutu telinga yg sedia ada, dapat menetas, juga mati.

Antara eyedropper yg terdapat di pasaran atau yg boleh diguna semula


MINYAK ZAITUN dan BAWANG PUTIH


Gambar hiasan : Campuran bawang putih dgn minyak zaitun 


Pilih cara ini jika tahap earmites kucing anda agak teruk. Hancurkan sebiji dua bawang putih dan rendam bersama minyak zaitun semalaman. Tapis dan buang hampas bila dah bersedia nak gunakan. Lakukan seperti ## di atas. Bawang putih bertindak sebagai antibakteria. Ia mampu membunuh bakteria dalam telinga yang menyebabkan jangkitan telinga.  Lakukan sekali pada setiap selang 3 hari selama 21 hari. Bermakna dalam 21 hari anda lakukan rawatan sebanyak 7x.




MINYAK BADAM dan VITAMIN E


Campurkan 50/50, iaitu jika 1 sudu makan Minyak Badam (Almond Oil)  campurkan dgn 1 sudu makan pula vitamin E. Lakukan ##.  Vitamin E merupakan antioksidan semulajadi yang berfungsi menyembuh atau memulih luka. Lakukan setiap hari selama 6 hari.

Baca selanjutnya: Home Remedy for Ear Mites | http://www.healthguidance.org/entry/11357/1/Home-Remedy-for-Ear-Mites.html


CUKA EPAL CIDER (ACV - Apple Cider Vinegar)
ACV jenama Heinz yg boleh didapati dgn harga bwh RM7 di Malaysia


Veterinar Marty Goldstein, menyarankan pengunaan larutan cuka epal cider untuk menbinasakan earmites.  Hanya campurkan 1 sudu teh ACV ke dalam setengah cawan air bersih. Lakukan ##.  Bagaimanapun menurut ehow.com, kita perlu juga titiskan minyak zaitun ke telinga kucing selepas menggunakan ACV untuk melemaskan earmites - http://www.ehow.com/how_7825121_treat-ear-mites-vinegar.html

Baca selanjutnya: Home Treatment for Ear Mites in Dogs & Cats | eHow.com http://www.ehow.com/about_5085320_home-ear-mites-dogs-cats.html#ixzz1v1F5LStQ


CUKA PUTIH (White Vinegar)


Cuka putih bersifat asid, membuatkan ianya produk yg bagus utk membunuh hama dan kutu. Pemilik kucing mestilah tahu atau selidik terlebih dahulu sama ada kucingnya tidak mempunyai kulit yg sensitif atau mempunyai sebarang luka di dalam telinga sebelum menggunakan rawatan ini.

Hanya campurkan 1 suduh teh cuka putih dgn 2 sudu makan air bersih dan lakukan seperti ##.


Baca selanjutnya: Home Remedies for Feline Ear Mites | eHow.com http://www.ehow.com/list_6745758_home-remedies-feline-ear-mites.html#ixzz1v1FGFDBQ



TEH HIJAU (Green Tea)
Veterinar holistik terkenal, Michele Yasson mencadangkan pengunaan teh hijau sebagai pencuci telinga kucing dan anjing bagi merawat jangkitan earmites. Teh hijau merupakan antiseptik semulajadi dan sangat berkesan merawat earmites jika digunakan setiap hari selama sebulan. Rendam 1 sudu makan teh hijau ke dalam secawan air panas selama 3-4 minit, tapis dan biarkan sejuk pada suhu bilik.  Lakukan ## seperti di atas.

Baca selanjutnya : Natural Treatments for Ear Mites in Dogs and Cats |http://naturesway4pets.com/main/?p=66

Secara kesimpulannya kutu tidak gemar dengan bawang putih dan yis.  Oleh itu memberi supplement seperti Brewers Yeast with Garlic boleh menjauhkan kutu mendekati si Comel.

Brewers Yeast with Garlic dari Four Paws boleh didapati di kebanyakan Pet Shop

Seperti yg telah DC maklumkan pd awal entri tadi, hendaklah kita berhati2 mempraktikkan sebarang rawatan ke atas si Comel. Ingin DC berkongsi mengenai seorang pembaca blog DC yg mengadu kerana kecuaian, kucingnya disambar api lilin ketika cuba mempraktikkan ujian 'Flea Trap' dari entri Bagaimana Bersihkan Rumah Dari Hama dan Kutu Kucing. Beliau didapati meletakkan lilin tersebut agak berdekatan dgn sangkar kucing, dan kemudiannya kucing tersebut berjaya meloloskan diri dari sangkar lalu terlanggar dgn lilin tersebut :(  Tidak diketahui tahap serius kecederaan kucing nya kerana pembaca tersebut hanya ingin mengetahui tips untuk menanggalkan lilin (wax) yg melekat pada bulu kucingnya. DC hanya boleh sarankan bulu2 tersebut dicukur atau dibuang kerana menanggalkannya menggunakan opsyen lain seperti minyak tanah amat merbahaya pada kesihatan kucing itu sendiri.  DC berharap bulu kucing pembaca tersebut kini semakin subur dan pastinya ini merupakan kenangan buat pembaca itu yg sebenarnya baru berjinak-jinak dlm memelihara si Comel ini.

Harap semua pembaca mengambil iktibar dari kisah ini..



1 comments:

NISS said...

10q for the tips..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...