Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Tips 'Travelling' Dengan Kereta Bersama Kucing

Share

Topik ni bunyinya agak simple tapi bagi sesetengah pemilik kucing sedikit sebanyak terasa susah nak bawa kucing berjalan jauh dengan menaiki kereta terutama bila pulang ke kampung halaman masing2.  Bagi DC, sepanjang memelihara kucing, tidak la pernah menempuh kesukaran membawa mereka berjalan jauh. Tetapi pernah kehilangan seekor kucing bernama Abu akibat cuai ketika berhenti di R&R Tapah dalam perjalanan menuju ke Sg. Petani, Kedah pada 15/10/2007. DC hanya menyedari kehilangan setelah tiba di Tol Juru. Alhamdulillah, DC dpt bertemu kembali dengan Abu pada jam 11.30 pagi selepas bertolak balik semula ke Tapah sejurus lepas waktu subuh keesokkan harinya. (Tak lena tido memikirkan nasib Abu di negeri orang!)

Abu disambut mesra oleh Musyang sebaik sahaja dia ditemui.
Ketika tu DC hanya mempunyai 2 ekor kucing ni je.. :)

Pengajaran yg DC dapati dari pengalaman ini ialah - berhati2 ketika kita membuka pintu kereta walaupun hanya seketika (sekiranya kita memilih untuk tidak mengurungnya dalam sangkar).

Berikut ialah antara tips atau petua yg DC praktikkan dalam persediaan berjalan jauh bersama si Comel :


LATIHAN

Tentu kita tau kucing banyak berkomunikasi melalui bau. Latih kucing anda menaiki kenderaan.  Anda tak perlu memandu jauh untuk membawa si Comel.  Biasakan mereka menaiki kenderaan anda walaupun hanya ke kedai runcit atau keluar makan malam bersama famili. Latih agar mereka biasa dengan bau kereta dan ruang luasnya kereta anda.

Nota : Percaya atau tidak, DC hanya perlu membuka pintu kereta dan menepuk kerusi kereta sebagai isyarat mempelawa kucing DC bersiar2. Mereka meloncat masuk dan segera ambik spot menghadap tingkap atau landing di dashboard kerusi belakang :)





SANGKAR/PET CARRIER


Ketika permulaan latihan adakalanya kucing bertindak di luar batasan seperti kencing di atas car seat atau mengiau tak henti.  Anda boleh mulakan dengan masukkan si Comel ke dalam pet carrier atau sangkar dan letakkan di dalam kereta sebagai langkah membiasakan dia dengan kenderaan. Pastikan perjalanan mengambil masa yg singkat. Dan trip yg berikutnya pada hari yg berlainan boleh dipanjangkan waktu perjalanan.

Nota: DC masih ingat, membawa Musyang dalam pet carrier ketika makan malam di sebuah restoran sebagai salah satu latihan. Anda harus pastikan pemilik restoran memberi persetujuan membawa masuk haiwan peliharaan kerana tak semua restoran memberi izin.  Atau bawa saja si Comel ketika anda bersantai minum teh tarik dan roti canai di luar cafe :) 

Terdapat pemilik kucing yang enggan membiarkan kucing berlegar dalam kereta atas alasan tersendiri seperti bulunya bersepah dan melekat pada kerusi kereta atau tidak mahu mengambil risiko kulit kerusi kereta yg mahal boleh calar kerana digaru oleh si Comel :)

Ada beberapa inisiatif yg boleh kita ambil jika memilih untuk tidak mengurung mereka seperti memasang pet pad atau menyediakan alas menutup kerusi seperti dalam gambar ini.



Untuk mengatasi masalah bulu melekat pada kerusi kereta, anda boleh gunakan vakum atau lint roller untuk membersihkannya.






BAUAN/PAKAIAN


Satu lagi tip ialah bawa masuk bauan yg sama seperti dalam rumah ke dalam kereta.  Contohnya anda biasa gunakan penyegar udara epal atau kucing anda suka dengan pasir kucing berbau lemon. Bawa barang2 tersebut ke dalam kereta untuk kucing berasa tenteram.  Atau jika kucing anda begitu rapat dengan anda, letak sehelai baju atau tuala anda yang 'tidak dicuci' ke dalam bedding atau sangkar kucing untuk memastikan dia tidak membuat bising atau selesa dalam perjalanan.


Setokin busyuk..


ID TAG/NAME TAG


Pastikan kucing memakai id tag atau tag nama bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.  Ramai yang memandang remeh keadaan ini (termasuk DC :p).  Dengan pemakaian tag yg mempunyai maklumat seperti nama dan no telefon kita DAN no telefon kecemasan (selain dari no. kita) dapat mengelakkan perkara seperti berikut :

  • Sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan si Comel hilang, pihak yang menjumpai (sekiranya baik hati :) - kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan bersangka baik) boleh menghubungi kita untuk mendapatkan balik si Comel. 
  • Jika berlaku kemalangan, dan kita berada di tahap tidak sedarkan diri, pihak yang bertanggungjawab seperti polis atau pihak hospital juga orang ramai sekurang-kurangnya boleh menghubungi nombor yg tertera pada id tag si Comel untuk menyerahkan dia pada kita.

tag disc musyang yg DC engraved ketika itu..
psst! no tu dah takde dlm perkhidmatan hehe


KEPERLUAN


Akhir sekali pastikan sebelum perjalanan anda menyediakan keperluan kucing anda seperti litter box atau litter tray, pet mat dan makanan kucing.  Sekiranya perjalanan mengambil masa yang lama, pastikan anda berehat atau singgah di tempat istirehat supaya kucing2 tadi berpeluang melepaskan stres. Mengikut pengalaman DC, kucing mudah kencing selepas 2-3 jam perjalanan kerana aircond. Segera sediakan kotak pasir dan biarkan kucing dalam kereta seketika sementara anda ke tandas atau mengisi minyak kereta.  (JANGAN TINGGALKAN KUCING ANDA DALAM KERETA TANPA AIRCOND ATAU KETIKA CUACA PANAS!)

Anda boleh memulakan perjalanan selepas nampak 'hasil buangan' dan membersihkan litter box si Comel.
Sekiranya anda memilih untuk membiarkan si Comel dalam sangkar, pastikan anda guna pet pad atau pet mat iaitu alas serba guna yang dpt memastikan si Comel sentiasa kering.




Nota:  DC tidak menyediakan litter tray/box dalam kereta kerana bimbang dengan 'bau' poo yang dihasilkan mengganggu seisi kenderaan dan lebih malang lagi pasir dan poo diterbalikkan oleh si comel! 


PUASA


Amalan ini hanya boleh diikuti jika perjalanan tidak melebihi 5 jam.  Mungkin ada yg tidak bersetuju dengan apa yg DC praktikkan ini.  Tujuan DC berbuat begini ialah mengelakkan dari kucing membuang najis ketika memandu dan muntah akibat stres.  DC pernah cuba memberi mereka makan ketika dalam perjalanan, malangnya mereka tidak berselera.  Dan ada yg cuba berbuat demikian tetapi akibatnya mereka muntah. Mungkin sebab perjalanan yang tidak selesa (bumpy ride) membuatkan mereka stres.

Gambar bertarikh 06/10/2008.  Kelihatan kucing2 DC (Musyang, Abby & Betty)
tidur di seat belakang kereta di bulan Ramadhan ketika dalam perjalanan ke Tangkak, Johor.



BELAIAN (petting)


Mungkin ini tips yg tidak berapa penting tetapi ia sebenarnya membantu mententeramkan si Comel.  Apabila terdapat antara kucing DC yg kerap mengiau atau tidak tahu duduk diam, DC akan segera membelai (petting) dan selimutkan dia.  Seterusnya kucing2 ini selalunya akan tidur di ruangan kaki kita :)

Nampak Nyet (kucing siam) yg enggan tidur dan berasa tidak selesa.
Ketika ni Nyet belum dapat 'petting' :)


PERKARA2 YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA MEMANDU BERSAMA KUCING:


Jangan sesekali biarkan kucing mendekati kawasan atau tempat duduk pemandu, terutama yang berdekatan dengan pedal pemanduan.  Kehadiran mereka di kawasan ni menyukarkan pemanduan anda dan mengurangkan fokus anda di jalanraya. (Bayangkan kalau nak tekan pedal brek tetapi tak boleh sebab ada anak kucing di bawah pedal yg menjerit kesakitan kerana terhimpit dengan pedal!)


Elakkan dari kucing menghalang pemandangan anda di skrin hadapan dan juga skrin di belakang kereta. Di sini anda mungkin perlukan bantuan penumpang bagi mengawasi keadaan.


Elakkan dari membawa toys yang berbunyi yang tentunya mengganggu perhatian anda untuk memandu dengan aman.


Rasanya itu la sahaja tips yg dpt DC berikan.. dan yg mmg DC amalkan.  Kepada yg ingin mencuba, good luck yer!.. Yg penting awasi keselamatan mereka dan ahli keluarga kita juga!



14 comments:

::EIDA:: said...

Ida baru je bawak balik kucing ke kampung. Tak susah sbb kucing dah biasa naik kete.. heee~

DC said...

alhamdulillah ::EIDA:: :) Kita dikurniakn kucing2 yg tak bermasalah. Sesetengah cat owner anggap ianya rumit..

yana lyana said...

thanks for the tips..mmg berguna sgt :)

Paradise Gal said...

kite siap bawak naik bus ekspress. tapi dia tak mengiau sangat, tak berak, tak kencing pun. dia macam tau je nak pegi somewhere. alhamdulillah

Sharz said...

best2!!! tips dc semuanya berguna!! =)

moja je yang boleh naik kete..tupon suke mengiow nak mintak manje2...camne nak manje kalau kite yg bawak kete.. =p

Noor Hafirdaus said...

saya nak share cerita juga masa saya bawa kucing saya ke klinik, masa perjalanan pergi punyala bising tapi saya biar ja dia bising sendiri. Masa balik dari klinik pula, dia duduk kat seat belakang sepanjang jalan balik rumah asyik menjilat bulu je dan sesekali pandang ke luar tingkap, tak berbunyi langsung

DC said...

tq yana lyana.. semoga dpt kita manfaatkan bersama.

DC said...

Paradise Gal bawak naik dlm bas ekspres??? woahh! takjub dengar!.. mesti cuak masa 1st time bwk kan?.. behave sungguh kucing awk hehe.. tak boleh byg kalau dia mengiau dan mengganggu penumpang lain adusss..

DC said...

kalau sekor, kita masih boleh monitor lagi Sharz.. cuma hati2 la kalau bwk kereta jenis MPV.. pernah akak ingat ilang kucing akak siap nangis2 dgn mertua.. rupa2nya dia masuk dkt bwh 'spare tyre'.. kuss semangat hehe..

my dreamz said...

mimie pun suka bawak kucing gie jenjalan area putrajaya,gie isi minyak kete,gie kedai,sampai masa naik kete, ada yang ambik gambar kucing mimie.dulu dia cuak jugak laa, sampai abis kusyen kete dia garu.sekarang nie dah samapai bawak dia gie makan satay kajang lagi..pape pun kak DC,thanks for the tips,lepas nie nak bawak roger balik Nganu pulok..hehehehehe

chantekdress said...

Salam. Saya baru je jumpa blog ni. Banyak betul info yang berguna. Thanks. Planning nak bawak balik kucing raya ni. Hee btw nak tanya, pet tag tu DC beli di mana ye? Berkenan pulak. :D

Anonymous said...

1st time sy bawak kucing naik kete dari kajang-nilai.. kucing muntah n berak.. pening kepala nak handle time tu.. sekarang ni.. asal bukak pintu kete je mst diorg masuk lepak2 xnak keluar.. hope lepas ni nk travel jauh diorg xbwk masalah.. anyway thanks for the tips :)

ayuazami said...

Salam. nak tanya, mana DC buat ID tag tu eh? sebab cari kat area malaysia/online shop ke tak pernah jumpa langsung.

Sarenna Syahmee said...

pernah bwk kucing blik kg..dri jb ke yong peng..ngam dkt tol yong peng,dia boleh berak plak dkt ats kad tol..hahaha..kelam kabut cri paip g bsh dlu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...