Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

'Zass' day

Share

Mmg tak boleh tangguh dah, tak boleh! Kena zass jugak. (Zass - bahasa kekucingan yg bermaksud mandul atau kembiri huhu!)  Kalau kucing jantan masih boleh ditangguhkan utk zass. Paling teruk pun, cuma kena bersihkan 'pancutan mesra alam' mereka selalu.. InsyaAllah satu hari nanti, bila masa dan kewangan mengizinkan mereka akan di zass juga ..

Kucing betina? Lambat zass kalu, mmg dinamakan menternak dah.. Oh tidak!.. Bayangkan kalau kita seronok balik hari raya, mereka juga berseronok sampai kebuntingan.  Nak kurung selalu tak sampai rasa di hati.. So?.. Pilihan paling selamat - Zass!

Maka tanggal pada hari Sabtu yg lalu, 28/07/2012, DC pejam mata dan nekad menghantar 5 ekor kucing betina ke vet untuk di zass kan... Mereka ialah -

Nama: KAKAK
Usia :  9 bulan
Pernah melahirkan : 1 kali  - 5 ekor, hanya 3 ekor survived (comelsss!)

Nama: TOMOT
Usia : 3 tahun 8 bulan
Status : Pernah melahirkan 3 kali, 8 ekor survived, 1 sent for adoption 

Nama: SLY (anak Tomot)
Usia : 1 tahun 4 bulan
Status : Pernah melahirkan 1 kali - 1 ekor tp tak survived

Nama: BUNGA
Usia : lebih kurang 1 tahun 7 bulan
Status :  Anak dara tp ya ampun! wpun dah 'berusia' tp baru2 ni 'on heat'..

Nama: JESSIE
Usia : Hampir 2 tahun Ogos ni
Status : Andartu hehe.. 

Itulah mereka-mereka yg telah selamat di zass 4 hari yg lalu.  Lega? mungkin.. tapi masih risau kerana ada 2 ekor lagi anak2 Alien yg sekarang mula bersuara tinggi .. Confirm mmg kena kurung sbb poket mama dah mula menipis nak pergi ke vet lagi. uhuk..






9 comments:

Cat-from-Sydney said...

Eh eh...macam berjanji je. Kita pun baru je zass si hitam putih yang nakal ni. har har har *evil laughs*

::EIDA:: said...

Salu DC kasi mereka kat mana? Berapa ? Ida salu pergi Hospital Veterinar KL, RM120 uuntuk betina.. Ke ada tempat lagi murah?? huuuhuh

Cik tikah said...

Andartu? Hhaha

meowwmania said...

alhamdulillah dah selamat semuanya..

kat rumah ni pon ada 3 hekor betina yg tgh tggu turn dan tggu cukup umur, tggu poket mummy dia tebal pon yer jugak huhuu..

NISS said...

macam mane nak halang die org dr pancutan tu?

Gee said...

Cat-from-Sydney - kenduri zas kita ye? hehe

EIDA - DC zass tak tentu tempat.. tgk bajet hehe.. tp selalu pergi dkt klinik kembiri DBKL-SPCA. Zass kali ni akak pergi dkt klinik veterinar muezza.. agak mahal cajnya.. RM150 utk seekor kucing betina tanpa boarding..

meowwmania - kdg2 nak tunggu tebal.. mmg lambat.. tp yg kebuntingan tu cpt yg buatkan kita korek tabung hehe

NISS - nak avoid pancutan mesra alam boleh rujuk dkt artikel akak yg ni Bagaimana Nak Hentikan Kucing Dari spraying

noraini ishak said...

banyak membantu..

noraini ishak said...

ooooo...mcm tu...

Anonymous said...

rm120-rm150 kat KL?? murah jugak lah...kat a.setar vet swasta rm300-400 boarding 3hari...vet gov rm100....tapi kucing sy hari tu spay kat vet gov lepas 5hari mninggal...menyesal sgt2 kesian kat kucing sy..dh sebln lebih dia pergi..tapi rasa mnyesal sampai hari ni masih ada..terasa mcm sy yg buat bagi dia mninggal..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...