Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Tips Elak Kucing Mencakar Perabot

Share

Ini lah satu-satunya masalah utama yang sering kita hadapi sebagai pemilik kucing. Pelbagai cara kita cuba atasi namun adakala bila kita terlepas pandang, sempat juga haiwan kesayangan kita tu 'meratah' perabot kita dan akhirnya kita surrender pd mrk. Ye, perabot kesayangan kita tu menjadi milik rasmi tempat mencakar (scratching post) mereka :)

Favourite Spot!
asah kuku kat sini pun best jugak!
dekat tingkap atau pintu pun boleh.. bunyinya sungguh menciutkan!
no komen! :p

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tips yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi 'mangsa' mereka:

1.  Spray - cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur/spray percikan air dari botol spray bila kita terpandang mereka "dalam percubaan" hendak mencakar.  Katakan 'tidak' atau 'no' dengan tegas pd mrk. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.




2. Scratching Post (Tempat mencakar) - Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur.  Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn  favourite spot mereka.  Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.  Sekiranya kita nakkan kucing bukan shj mencakar tp tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan shj Cat Tree.   Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

Jenis tiang (post)

Jenis lekat di dinding
Jenis platform

3. Catnip atau pokok kucing galak.  Kucing juga boleh bertindak mencakar atau melepaskan geram jika bosan atau stres. Mereka cepat tertarik pada bau, bunyi atau pergerakan. Sediakan sesuatu seperti toys atau catnip utk mrk meluangkan masa bermain dan bersenda gurau.

Catnip yg diimport bersama mainan

Pokok kucing galak yg pernah DC siarkan
Permainan + dangling toys mudah menarik perhatian si comel


4. Pelekat - Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka.  Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.  Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil.  Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut haha!




5.  Kepingan Aluminium - Percaya atau tidak, kucing tidak suka dengan kepingan aluminium (aluminium foil/tin foil). Kerana sifatnya yg bising dan bercahaya mengganggu pergerakan mereka. Didapati kucing juga tidak suka kencing di atas kepingan ini sbb berbunyi.

Kalau anda dapati cara ini berkesan (tidak kira how it looks like pada pandangan mata kasar) jangan pula anda bertindak membalut semua perabot seperti gambar di bawah hahaha!

Ada berani?

6. Tin minuman dan duit syiling - Spt yg kita ketahui, kucing tidak suka dengan bunyian. Mrk mudah takut seperti bunyi botol spray, mercun dan kalau kita bersuara tinggi.  Apa kata anda cuba tips yg ini pula.  Ambil tin minuman kosong dan isikan dgn duit syiling 5 sen atau 1 sen (jika ada) dan letak di atas sofa atau gantungkan di kawasan2 kucing anda suka mencakar.



7.  Alat Penggera (alarms) - Letakkan alat penggera bersaiz kecil, yg ringan dan mudah alih menggunakan bateri di langsir atau di sofa.  Setiap kali terdapat gegaran atau kucing menyentuhnya, bunyi bising yg dikeluarkan selalunya membuat kucing lari serta merta.

boleh didapati di kebanyakan pasaraya dgn harga yg murah

8.  Bird Feeders -  Bg mrk yg mempunyai halaman rumah atau tinggal di kawasan apartment, bird feeders boleh memberikan hiburan yg berjam2 dan mengurangkan kebosanan kepada kucing kita.  Gantungkan di hadapan tingkap atau letak di halaman rumah.  PASTIKAN tingkap dikunci!



9. Alihkan Perabot yg bertindak sebagai pad pelancar (launchpad).  Jika kita lihat kucing seringkali berjaya memanjat di tempat tinggi seperti atas almari, alihkan pad pelancar mereka, seperti kerusi atau meja yg selalunya diletakkan dekat dengan almari tersebut (melainkan jika anda mmg berniat menjadikan atas almari sebagai tempat tidur mereka).



10. Produk Anti Cakar -  Selalunya produk sebegini akan mengeluarkan bau yg kurang menyenangkan pd kucing (malah kdg2 kita juga).  Hanya semburkan pada perabot atau tempat2 yg kita tidak mahu kucing mencakar setiap hari.  Kebanyakan produk seperti ini bertahan 12 - 24 jam setiap semburan.

Antara produk yg boleh didapati dikebanyakan petshop

11. Potong kuku kucing - Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil.


12. Sarung kuku - Bagi mrk yg mempunyai bilangan kucing yg sedikit mungkin boleh mencuba cara ini.  Beli sarung kuku di pet shop.  DC tak tau sama ada sarung kuku ini ada di jual di Malaysia atau tidak.




13. Tukar Perabot!  Seperti dalam lirik lagu Allahyarham P. Ramlee -

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia


Kerusi berasaskan rotan
Atau Perabot kayu
Perabot Plastik
Akhir sekali.. jangan sesekali anda lakukan surgeri mencabut kuku kucing (declaw). Aktiviti ini DC anggap satu penganiayaan kepada makhluk Allah ini.



Di harap artikel ini sedikit sebanyak dpt membantu u all :)
(Akhirnya siap juga artikel ini yg telah DC simpan sejak tahun lepas! Say horray to myself!)


7 comments:

Noor Hafirdaus said...

thanks for the info

aby said...

salam DC ..
satu posting yg menarik ..
utk raya thn ni, aby pilih option yg terakhir ..
tukar perabut .. no sofa .
ganti kerusi kayu ..
thn lps beli set kayu, smpai sekarang tk pernah dikencing mahu pun di cakar .. so thn ni, ganti main sofa yg dah berbau n koyak dgn jenis kayu ..
harap2 ok la ...

Cat-from-Sydney said...

My Mama chose the last option - berkorban apa saja. Sofa kulit semua dah sedekah kat orang lain, sekarang semua pakai kayu, plastik dan kaca. har har har *evil laughs*

miznurul said...

Suka penyampaian info ni.. penuh maklumat n santai

endang said...

Ingtkan perbot kayu jer dy usik.. ni kat umah sy abis bella dan putih dok cakar kat kaki kerusi besi

Zuriani Mohammed Zain said...

declaw??? OMG..ada yer orang buat mcm tu?? subhanallah...

Ratna Razak said...

Perabot kayu pn kena cakar..tp xkan declaw..mcm kejam sgt pd kucing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...