Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Persediaan Sebelum Kembiri dan Penjagaan Selepas Kembiri

Share

Kembiri bermaksud mengkasi atau memandulkan haiwan. Secara saintifiknya boleh lah didefinisikan sebagai prosidur anesthetik membuang organ reproduksi haiwan. Saya bukan lah vet atau doktor haiwan yang boleh memberi nasihat mengenai perkara ini.

Photobucket
Prosidur pembedahan ke atas kucing betina  - gambar dari crittercreek.com
Apa yang saya gariskan di sini hanyalah panduan melalui pengalaman saya sendiri. Anda juga boleh merujuk kepada vet anda mengenai perkara ini.

PERSEDIAAN SEBELUM KEMBIRI
  1. Terdapat perdebatan mengenai berapa usia si comel yang layak untuk dikembiri. Sesetengah pihak menyarankan si Comel dikembiri seawal usia 5- 6 bulan. Ada setengah pihak pula berkata si Comel hendaklah berusia sekurang-kurangnya 4 bulan kerana kitaran keinginan untuk mengawan datang (heat cycle) seawal usia tersebut;
  2. Si Comel mestilah mempunyai berat badan 1.5kg ke atas dan sihat, tidak mempunyai kutu dan bersih;
  3. Sebaik-baiknya siComel telah divaksin dan diberi ubat cacing lebih awal atau selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh kembiri;
  4. Bersih dan mandikan si Comel 7 hari sebelum tarikh pembedahan. Jika dimandikan dalam tempoh berdekatan dengan tarikh pembedahan, mungkin membuat si Comel mengalami stress yang berpanjangan;
  5. Puasakan si Comel (tidak boleh minum dan makan atau bagi treat/snek) selama 12 jam, sebaik-baiknya selepas pukul 9 malam, sehari sebelum tarikh pembedahan. Tujuannya supaya si Comel tidak tercekik jika dia muntah ketika prosidur pembedahan dijalankan;
  6. Sebaik-baiknya tidak menggunakan kenderaan awam kerana ia membuatkan si Comel lebih stress.

Photobucket
Garis panduan yang dilekatkan di Klinik Kembiri DBKL-SPCA, Setapak.

Photobucket

Photobucket
Prosidur kembiri ke atas kucing jantan - gambar dari catwebsite.org


PENJAGAAN SELEPAS KEMBIRI

  1. Sebaik-baik anda dibenarkan membawa pulang si Comel selepas pembedahan, elakkan menyentuh kawasan yang baru dibedah;
  2. Letakkan kain atau suratkhabar sebagai alas supaya si comel tidak kesejukan. Pastikan keadaannya sentiasa kering dan bersih sebab si Comel mungkin akan kencing atau berak dalam keadaan separuh sedar;
  3. SiComel mungkin memerlukan sehingga 6 jam untuk sedar dari kesan perlalian selepas pembedahan;
  4. Tempatkan si Comel di tempat yang terlindung dan sunyi di rumah untuk proses pemulihan;
  5. Berikan sedikit air dan makanan basah (wet food) selepas si comel boleh bangun dan berjalan dengan stabil. – Kadang2 si Comel anda hanya berselera sehari selepas pembedahan. Mungkin juga si comel mengambil masa semalaman untuk pulih sepenuhnya dari kesan pelalian. Anda tidak perlu cemas jika Si Comel muntah dalam proses penyembuhan kerana itu merupakan perkara biasa;
  6. Kurung siComel dalam sangkar atau bilik selama 7 – 14 hari bagi tujuan menghadkan pergerakannya supaya luka pembedahan cepat sembuh;
  7. Periksa kawasan pembedahan sekurang-kurangnya sekali sehari selama 14 hari selepas pembedahan bagi memastikan luka sentiasa bersih dan kering serta jahitan tidak terbuka bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Sekiranya luka tersebut bengkak, keluar cairan berdarah, bernanah atau jahitan terbuka, sila hubungi klinik kembiri dengan segera;
  8. Lazimnya kucing betina mempunyai balutan di kawasan pembedahan. Pastikan balutan bersih dan kering dan buka balutan selepas 3-4 hari dari tarikh pembedahan. Kadang2 si comel akan menanggalkan balutan tersebut dengan sendiri lebih awal. Biarkan tapi pastikan dia tidak menggigit atau menjilat secara berlebihan di kawasan pembedahan; 
  9. Jangan mandikan si comel untuk tempoh 10-14 hari selepas pembedahan. Kalau si comel kotor atau berbau, lap dengan tuala lembap (bukan basah). Pastikan kawasan jahitan sentiasa kering kerana kalau ada air meresap boleh menyebabkan jangkitan. 
 Semoga panduan ini dapat kita manfaatkan bersama :).

9 comments:

Namie Amir said...

ngerinya tengok...hehe

meowwmania said...

nice entry,

info yg sgt berguna ;)

deana said...

Sy baru kembiri kucing jantan sy,die mmg terkencing dlm keadaan separuh sedar,jadi sy nk tanya dlm masa brp hari sy boleh mandi kan die? Tq..

Unknown said...

salam..jika kucing belum di vaksin atau di beri ubat cacing maka ia xblh di mandulkan ke?tp sy dh buat temujanji gan doktor pd mnggu hdpan?mcm mne ye..

amali said...

alamak..kesiannye..mcm xsanggup je nk kasi kn yeyen..huhu..

Unknown said...

Hye. Jadi mcm mana? Boleh x? Saya baru tbaca article ni. Appointment lepas isyak malam ni. Mcm mana mcm mana? Boleh tak?

Unknown said...

So mcm mana? Boleh tak? Saya baru baca article ni, lepas isyak malam ni appointment. Boleh tak boleh tak?

Unknown said...

Hye. Jadi mcm mana? Boleh x? Saya baru tbaca article ni. Appointment lepas isyak malam ni. Mcm mana mcm mana? Boleh tak?

Papa-Itam said...

Terima kasih diatas info yang diberikan..baru nak mula bela kucing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...