Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

SNIP Programme - kempen kembiri kucing

Share

Sabtu yg lepas, 11 Disember, DC begitu teruja menyertai 2nd batch kempen kembiri kucing dipanggil ‘SNIP Programme’ yang diusahakan oleh rakan catlover DC – Nurul dan Ramzee. SNIP Programme sebenarnya khusus untuk kucing2 jalanan atau stray cats di mana proses pembedahan kembiri dilakukan di Klinik DBKL-SPCA Setapak.





Kerana tawaran kadar yg menariklah, DC mengambil kesempatan menyertai program ini dengan menghantar kucing DC - 2 ekor jantan dan 1 ekor betina untuk proses kembiri (Jerry, Manja dan Manit – ye Jerry ayahnya si Anish dan Anggish tak zass lagi hehe)

Berikut ialah kadar bayaran di kenakan sempena program ini :

Kategori              Kadar (RM)
Strays               Jantan - RM25, Betina - RM35
Pets                  Jantan - RM40, Betina - RM60

Kadar biasa      Jantan – RM50-RM60, Betina – RM70-RM90
(kadar berubah bergantung pd keadaan seperti sedang mengawan, bunting, mencederakan)

Berikut ialah gambar2 (dari 1st batch SNIP Program) fail Nurul dan Ramzee yang menjelaskan aktiviti mereka.


Gambar selepas dikembirikan..

Telinga dipotong sedikit (Snip) sebagai tanda mereka telah melalui proses kembiri

Kempen ini digelar SNIP Programme kerana setiap kucing liar yg berjaya dikembirikan akan dipotong telinga mereka sedikit. Rescuer akan melepaskan mereka di kawasan yang selamat (masih di bawah pengawasan rescuer, dan lazimnya diberi makan di station yang telah ditetapkan) setelah mereka sihat.  

Amaran - ini bab berleter. Jika anda tak suka, sila skip dan baca next para ye hehe.. DC pada awalnya membantah (dalam hati) dengan cadangan SNIP programme ini kerana aktiviti 'snip' telinga kucing2 yg terbabit. Ianya mengurangkan peluang kucing2 ini untuk diambil dan dipelihara orang. Bila di fikirkan semula - bagaimana untuk kita kenali kucing2 liar ini yang mana dah dikembiri dan yang mana tidak, DC berubah fikiran.  Microchip? Mahal harganya dan tidak berapa aktif di Malaysia. Kucing peliharaan kita sendiri pun kita tidak microchipped kan, inikan pula kucing liar.  Sanggup kah kita biarkan mereka beranak pinak. Seekor kucing betina mampu melahirkan anak sehingga 3-4 kali setahun dan bayangkan kalau setiap kali kelahiran ada 6 ekor anak kucing? Tidak cukup makan, mengotorkan kawasan apabila mereka memunggah tempat pembuangan sampah, bergaduh (bukan shj di antara mereka malah juga fight dengan anjing liar - teringat kucing DC mati hancur :(( kerana di serang anjing semasa DC tinggal di Port Dickson), cedera,  yowling (melaung) bila tiba musim mengawan, tidak kurang yang berpenyakit seperti kurap dan kutu - adalah di antara sebab2 mengapa mereka ini perlu dikembirikan. JAKIM pun telah mengeluarkan fatwa hukum kembiri ni demi menjaga kesihatan dan kebersihan ummah - kita juga haiwan ini tetapi masih ada di antara kita yang menentang proses kembiri.

DC hadir seawal mungkin ke klinik tersebut untuk mengelakkan dari lewat ‘pick-up’ – selepas kembiri dilakukan. DC tiba jam 9.30 pagi dan mendapat tempat ke-9, 10 dan 11.   DC tertunggu2 group Ramzee (Nurul tak dpt hadir kerana ada hal keluarga) datang kerana nak melihat sendiri kucing2 yang berjaya mereka kumpulkan. Tetapi tidak berkesempatan kerana mereka datang lewat dan DC terpaksa beredar kerana kelaparan :)

Sebelum beredar, DC sempat menyapa another catlover yang cun melecun – Lola, yg juga sebenarnya peserta SNIP Programme.  Kami berbual dan berbincang mengenai haiwan2 kesayangan kami ini. Memandangkan keluarga Lola amat menyayangi makhluk ini (teringat cerita Lola yg atoknya pegi ke pasar bukan bawa balik ikan tapi kucing haha!), dan kini mereka mempunyai jumlah kucing yang banyak, tidak semua dapat dipelihara di rumahnya. DC mencadangkan kepada beliau supaya memasang collar bell dan tag (jika berkemampuan) pada kucing2nya untuk memberitahu alert umum bahawa mereka adalah kepunyaannya.


Cik Lola
DC menerima panggilan telefon dari klinik kembiri - Mr Krishnan - pada pukul 2.45 petang untuk pick-up. Berikut ialah gambar Jerry yang telahpun dikembirikan. (Yeayyyy!!!!!!)



Ini pula gambar Manja yg masih dalam proses adoption.  Ada juga yg nakkan Manja tapi tak cukup syarat jadi DC terpaksa pelihara Manja sehingga ada yang berkelayakan.  Kepada mereka yang ingin adopt Manja sila email DC ye.  Serious, dia mudah dijaga dan tak byk kerenah!


Manja yang memang manja.. DC suka dgn dia ni, sbb mengingatkan kucing DC bernama Abu yg dah tiada.. :(
DC hanya bawa 2 carriers je sebab tak cukup tangan nak bawa 3 ekor untuk kembiri pagi tu. Bila pembedahan kembiri selesai, ketiga2 kucing DC dipisahkan. Pihak klinik membekalkan kotak carrier seperti di bawah dengan bayaran RM10 sahaja.

Cantikkan kotak ni? neat and tidy :)
Ha ini lah dia kucing nama Manit DC yg hampir serupa dengan kucing stray sebab ayahnya mmg kucing stray tapi ibunya kucing DC, yg berbulu separuh panjang.

sebelum kembiri

lepas kembiri
DC dikenakan bayaran sebanyak RM160 iaitu lebih kurang samaa sahaja dengan kadar biasa. Kenapa? sebab berat Jerry terlebih sudahhhh.. - 6kg dan Manit mempunyai ketumbuhan 'cyst' yg berjaya dikeluarkan semasa pembedahan kembiri.  Semoga mereka sihat2 selepas ni.  Ehmm lagi ada lagi 6 ekor ni yg masih belum dikembirikan.. Duit lagi tu.. (mintak nyawa! mintak nyawa!)




4 comments:

Sharz said...

mula-mula baca terkejut jugak senap kene potong telinga kucing tue..
tapi betul jugak untuk groupkan dorg...kalau potong sikit telinga n tak mendatangkan ape2 masalah kat dorg..best betul ddk kat KL klinik banyak..kalau kat kg nie susah sikit..nak vaccine tapi asyik tertangguh je..

NaddY said...

wah...tak sempat la nak kembiri 2 ekor lagi...
insyaallah sy bulan januari akan kembiri 2 females...cam takut lak..biasa kembirikan jantan je..

meowwmania said...

wahh bagusnya program nih, sgt2 sokong...harap2 program camni dpt diteruskan di setiap negeri

murah la cos kembirikan kcg kat sana, kat tmpt MM nih sekor betina kos dah rm160 huhuu

Papa meow said...

dah selalu ke sana x pernah pulak nampak lagi, lain kali kot2 terserempak leh borak pasal cumel2

Ni ada 6 lagi nak hantar...klu dapat murah2 cmtu fuh... leganya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...