Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Luahan hati kepada yg menzalimi haiwan..

Share

Insiden seorang pendidik yang sanggup meracun sehingga 20 ekor kucing di daerah Segamat baru2 ini membuat DC sekali lagi terpanggil untuk meluahkan isi hati terhadap mereka2 dan keluarga mereka yang menzalimi haiwan. Penyelesaian mudah diambil untuk memberitahu masyarakat terutama kepada jirannya bahawa hatinya terlalu sakit dan marah kerana tegurannya tidak diendahkan dengan kekotoran (bukan najis berat yang umat Islam sedia tahu tak perlu samak) yang dibawa oleh kucing2 disekitar rumahnya.

Antara kucing2 DC

Perbuatan menyakiti hati jiran adalah berdosa, selaras dengan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:


Tetapi bukankah ada penyelesaian lebih terhormat yg boleh dilakukannya dalam menegur perbuatan jiran2nya seperti membawa orang ke tiga dalam hal2 kejiranan. Seperti orang yg lebih tua dan dihormati, seorang ustad/ustazah, ketua penghulu, imam surau dan sebagainya.

Tidakkah dia tahu perbuatannya membunuh haiwan yang sentiasa bertasbih kpd Allah s.w.t juga adalah berdosa? 



Hadis Abu Hurairah r.a: Dari Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya:

Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?



Saya di maklumkan kamu tidak takut dan tidak gentar dengan akibat perbuatan kamu wahai cikgu. Apakah kamu juga tidak takut dengan kemurkaan Allah?


Sebagaimana Nabi Ayub yang terkena penyakit kudis, meletakkan kembali ulat yang jatuh dari badannya kerana takut Allah murka ulat itu mati kekeringan sebab tidak mendapat khasiat dari zat di badannya!

Terus terang saya katakan, perbuatan kamu merugikan.. bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia. Tidak kah kamu tau perbuatan kamu itu jika sabit kesalahan mengikut seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) boleh dihukum penjara 6 bulan?



Memang panjang lagi ingin berbicara, tapi rasanya tidak la perlu saya membebel di sini sebab besar kemungkinan anda tidak baca pun luahan hati ini.  Walau bagaimanapun, sebagai insan yg sama2 lemah dan maaf memaafkan, saya berdoa jika kamu sedar perbuatan kamu itu berdosa dan menimbulkan kemurkaan Allah.. sebagaimana jiran-jiran kamu juga, saya berharap kamu semua insaf dan bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

Ikhlas dari:




5 comments:

Hafirdaus said...

saya baca dan hati saya sakit sangat dgn perbuatan hina tu.

Aza Niza said...

Allah maha adil.bdoa semoga cikgu dpt mengajaran dry ape yg dia buat..

Unknown said...

Seorang pendidik seksa kucing????? Sakit mental ke dia?

zack said...

Sedih sgt...zalim..

Unknown said...

Bunuh kucing yg xtau apa2..bkn penyelesaian masalah pn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...